Saturday, 16 August 2014

PERSIAPAN IBU SEBELUM BERSALIN

Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama.



Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…lagi satu sebab baby cepat membesar. baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  4. Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  6. Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue-penting untuk lap najis baby..
  8. Tisu kena banyak…
  9. Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  10. Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  12. Kain selimut baby-waktu malam
  13. Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  14. Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  15. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  16. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  17. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  18. Cotton bud baby
  19. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  20. Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  21. Mandian, losen., syampu,bedak..
  22. Apa-apa yang difikirkan perlu
Untuk mak baby:
  1. Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin’
  4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  5. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  6. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  7. Bengkung…utk kempiskan balik perut
Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:

  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..
Jangan lupa mandi wiladah lepas beranak…tanya ustazah mandi wiladah n nifas itu apa…
Jaga tempat jahit elok2 n keringkan…duduk betul2..tanya orang tua duduk mcm mana lepas bersalin.

Semuanya dengan izin Allah…susah bersalin…sakit dia Allah je yang tahu..tapi kuatkan semangat…kita sedang menyabung nyawa untuk lahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakn sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya…Banyak2 baca doa mohon pada Allah.


Sumber : Check list kelengkapan bersalin 


NAK BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE, BOLEH TERUS HUBUNGI FIDA.
★017-4161426★


Apa itu Energizing Soy Protein (ESP)



🌟Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

🌟Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaiki.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

🌟Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

🌟Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

🌟Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

🌟Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

🌟Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

🌟Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

🌟Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

💥 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kawasan COD: Perlis

Call/Whatsapp/Sms : 017-4161426

Friday, 15 August 2014

Kenapa Makan Supplement Perlu Minum Air Masak Banyak-Banyak?

Assalamualaikum.

Harini fida nak syer sesuatu.


Sesiapa sahaja yang mengambil supplement Shaklee atau apa sahaja jenis supplement adalah dinasihatkan supaya minum air masak yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Jom kita baca fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplemen semulajadi Shaklee: 

Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.

Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu? 

Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya erna akan  mencadangkan 3 liter air sehari. 

Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.

Ok, disini sedikit tips bagaimana untuk anda pastikan anda mampu untuk cukupkan syarat 3 liter air masak sehari.

TIPS 1: 

✔ Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml 

✔ Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml 

✔ Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch. Anda ada sekurang-kurangnya 5jam untuk habiskan 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch.

✔ Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml 

✔ Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml 

** Jika anda bekerja atau belajar atau mungkin suri rumah sekalipun, anda boleh sediakan tumbler yang size 1liter ataupaun tumble yang 1.5liter. 

TIPS 2: 

✔ Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.

✔ Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.

✔ Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.

✔ Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.

✔ Minum 1 gelas air selepas ke tandas.

✔ Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.

✔ Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.

✔ Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.

✔ Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.

✔ Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.

✔ Alhamdulillah, jika anda ikut tips di atas, maka anda berjaya cukup kan minum air masak 3liter sehari. 


Mudah kan? Itu tidak termasuk air masak yang kita minum masa makan supplemen. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips yang di kongsikan ini ye. 

Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, semuanya rasa mudah. Sedar-sedar dah minum 3liter air masak ni sehari.


ANDA NAK BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI? HARGA SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANDA! HUBUNGI SAYA;

Fida : 017-4161426

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres
Faedah cara hidup sihat:
  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.
Makan Secara Sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian:
Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • ½ cawan nasi (putih atau perang)
  • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1½ keping capati
  • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
  • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
  • ½ biji jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
  • Melengahkan-lengah
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya..
Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
FFrequency : (Kekerapan)3 – 5 kali seminggu
IIntensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi semasa menjalankan aktiviti.
TTime : (Masa)Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
TType : (Jenis)Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Sumber 

Thursday, 14 August 2014

Cara Mengerjakan Solat Istikharah

Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul

Solat istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan melakukan solat sunat istikharah.

Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas  selesai solat teruslah berdoa dengan doa istikharah.  Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak dilakukan berdasarkan kecenderunan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.

Solat



Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini(sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
 h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
 i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
 Wallahua'lam.