Wednesday 20 August 2014

Set Kurus Shaklee Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan


Adakah set kurus Shaklee dapat membantu anda yang menghadapi masalah berat badan secara selamat? Ini kerana banyak produk yang berada di pasaran sehingga menyukarkan anda untuk membuat pilihan.

- Sudah tentu anda ingin produk yang mempunyai kelulusan KKM bagi memastikan keselamatannya.Sijil halal juga adalah penting supaya anda yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.

Dari situ anda mencari dan melihat begitu banyak testimoni produk yang memaparkan kesan yang menyelesaikan masalah sama seperti anda.Salah satunya adalah produk yang ada dalam set kurus Shaklee yang sudah berpuluh tahun berada di pasaran.
Pernah juga anda cuba diet secara ekstrem untuk cuba menjadi kurus.Malangnya anda berasa ketar dan lemah kerana tidak makan sepanjang hari.Mengapa perlu menyeksa diri jika ada cara yang membolehkan badan anda menjadi langsing semulajadi. 
Ini kerana badan yang langsing sudah pasti idaman setiap orang.Dengan bentuk badan tersebut anda bebas mencuba pelbagai pakaian yang cantik dan beraneka corak serta warna.Bukan itu sahaja self confident dalam diri anda juga turut meningkat. Rasa sakit hati jugakan bila asyik dengar orang mengata anda di belakang.

Kelebihan Set Kurus Shaklee

  • Membantu mereka dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan
  • Membekalkan protein untuk mereka yang berdiet agar kekal aktif untuk melakukan aktiviti seharian
  • Membina otot badan agar kulit tidak menggeleber selepas badan menjadi langsing.
  • Menyingkirkan toksin yang menghalang badan dari menyerap nutrient dari makanan yang diambil
  • Anda akan berasa kenyang yang menyebabkan anda tidak makan secara banyak.
  • Mengurangkan paras kolestrol dalam badan yang menjadi punca kepada serangan jantung.

Cadangan Produk Dalam Set Kurus Shaklee

Secara asasnya set pelangsingan Shaklee ini berfungsi dalam 3 cara supaya berat dan bentuk badan anda tidak on dan off.3 cara tersebut adalah seperti :

Bakar
Lecithin ATAU Omega guard
  • Menyingkirkan lemak dari makanan yang kita ambil dengan memecah dan menyingkirkan lemak tersebut.Membersihkan salur darah dari lemak dan kolestrol yang melekat di saluran darah.
 Detox
Alfalfa ATAU herb lax
  • Merangsang proses percernaan agar menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan.
  • Melegakan sembelit kerana herb lax juga merupakan pelembut najis.Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak untuk mengelakkan bayi dari cirit birit.
Bina
Cinch Shake Mix ATAU ESP Protein
  • Mengelakkan kulit dari menggeleber dan membekalkan protein dalam badan.
  • Membina otot supaya bentuk badan anda menjadi cantik dan menawan
  • Mengenyangkan seteruskan mengawal selera makan.

CARA PENGAMBILANSET KURUS SHAKLEE 
Konsisten adalah penting dalam mendapatkan bentuk badan yang langsing.Selain itu anda juga disarankan mengambil air minuman dalam kuantiti yang banyak iaitu 3 liter sepanjang hari.Air ini bertindak sebagai pelincir semulajadi dalam badan kita.Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh anda mengalami dehidrasi yang tidak bagus untuk kesihatan diri anda.
Sarapan
  • Jangan skip makan pagi kerana ia membekalkan tenaga untuk anda sepanjang hari.Jadi anda boleh mengambil segelas Cinch Shake ataupun ESP Soy Protein yang tinggi kandungannya proteinnya.
Makan Tengahari/Lunch
  • Makan seperti biasa dalam kuantiti yang sederhana. Selepas itu anda boleh makan lecithin shaklee (3 biji) dan juga Alfalfa(3 biji) yang merupakan vitamin larut lemak untuk proses bakar & buang makanan berlemak yang diambil tadi.
Makan Malam/Dinner
  • Anda boleh makan nasi atau mengambil makanan tinggi serat seperti roti semasa makan malam.Waktu yang terbaik adalah sekitar pukul 5-7 malam kerana karbohidrat dan protein dicerna sepenuh antara 4-5 jam selepas anda makan.Sebelum tidur anda boleh mengambil lecithin(3 biji) dan Alfalfa Shaklee (3 biji).

PILIHAN PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE MENGIKUT BAJET ANDA

BAKAR >> BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN


 BAKAR >> BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN
DISAMPING ATASI MASALAH KOLESTROL

BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN
DISAMPING TINGKATKAN METABOLISMA BAGI INDIVIDU YANG MUDAH NAIK BERAT 

BAKAR>>BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN
UNTUK IBU MENYUSU DISAMPING DAPAT MENINGKATKA PENGELUARAN SUSU IBU


Testimoni Set Pelangsingan Shaklee
Lepas raya bagi yang mengalami pertambahan berat badan,boleh mengamalkan cinch shake yang terdapat dalam set kurus ini.Anda akan berasa kenyang supaya tidak makan berlebihan. Apatah lagi ketika berada di open house
Cinch-Shake-Turun-Dalam-2-Minggu

LAGI TESTIMONI





Jadi bertindaklah sekarang dengan membuat tempahan set kurus Shaklee dari kami dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menawan secara selamat.

Hubungi Fida untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma :
(ID No :930535)
Pengedar Sah Shaklee di Malaysia
FB : https://bitly.com/ummifida 
PM KE FB : https://bitly.com/messageummifida
Call/SMS/Whatapps/Viber : 017-4161426
COD : Sekitar Negeri Perlis
Poslaju : Seluruh Malaysia
***Hanya Vitamin Terbaik untuk Anda dan Keluarga***



Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Kali ini fida nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
1.  Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.  Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.  Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
4.  Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
5.  Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.  Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
7.  Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 

8.  Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.  Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10.               Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11.               Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Apakah kesan akibat kegemukan atau obesiti yang melampau?
Lemak yang berlebihan akan meyebabkan berlakunya banyak penyakit kepada badan. Antaranya termasuklah :
- Penyakit tiga serangkai (Serangan jantung, kencing manis
  dan darah tinggi)
- Gangren
- Kanser
- Masalah pernafasan
- Masalah sendi seperti gout, sakit lutut, sakit belakang dll.
- Masalah hempedu
- Masalah kesuburan
- Vena varikos
- Masalah kurang kayakinan pada diri sendiri, kemurungan,
  gelisah dll.

Takutnyaa....kann..kann...
Haaaa...kalau takut..Jom bersama fida untuk mendapatkan Rahsia turunkan berat badan secara sihat dengan Set Kurus Shaklee.
klik sini bit.ly/setkurusshakleeummifida untuk dapatkan info lengkap tentang SET KURUS SHAKLEE. 

Hubungi Fida untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma :
(ID No :930535)
Pengedar Sah Shaklee di Malaysia
FB : bit.ly/ummifida 
PM KE FB : bit.ly/messageummifida
Call/SMS/Whatapps/Viber : 017-4161426
COD : Sekitar Negeri Perlis
Poslaju : Seluruh Malaysia
***Hanya Vitamin Terbaik untuk Anda dan Keluarga***


Tuesday 19 August 2014

Keseronokan Bekerja

Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja



Kenapa tidak seronok bekerja?
  • Ramai orang tak nampak keperluan ceria dalam pekerjaan
  • Tidak berdoa untuk seronok 
  • Ikut mood 

Kesan seronok bekerja :
  • Sihat - sbb tu seronok pergi kerja
  • Muka cun
  • Otak kreatif
  • Kerjanya produktif
  • Auranya besar - aura ada 3 lapis iaitu kesihatan, keceriaan dan keimanan
Tips untuk seronok bekerja :


"Menurut Kung Fu Tze - Kalau dapat kerja yang seronok, dia tidak perlu bekerja"

Bagaimana untuk ceria di tempat kerja :
  • Mulakan dengan diri sendiri
  • Ceriakan orang lain juga
  • Cetuskan suasana yang ceria - gunakan kaler KUNING untuk rasa seronok dan ceria
  • Raikan sesuatu 
Monday Blues :
  • Mood tak naik sebab dah cuti Sabtu dan Ahad
  • Jgn disebabkan orang lain, kita pula yang bad mood
Bagaimana untuk seronok jika kerja sendiri :
  • Bersyukur sebab ada kerja
  • You are your own boss - patut lebih seronok
  • Pergi tempat kerja senyum
  • Mulakan kerja dengan doa
  • Pasang niat untuk buat kerja dengan baik
  • Jangan ikut mood orang
  • Jgn fed-up dengan rakan sekerja

"Orang yang seronok tidak semestinya senyum, tapi kalau orang senyum dia mesti seronok"

Apakah faktor yang boleh menyebabkan kita ceria di tempat kerja?
  • Kita seronok dengan kerja yang kita buat
  • Bentuk suasana yang seronok
  • Kita ceriakan orang
  • Buang perkara yang menyebabkan kita tidak ceria
  • Salam dan peluk rakan sekerja sebelum pulang

Setiap malam, set mood untuk ceria dan gembira sebelum tidur.
Selamat beramal.

☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆
Fida adalah pengedar sah vitamin shaklee

Call/Whatsapp/Sms : 017-4161426 untuk maklumat lanjut

Sunday 17 August 2014

set berpantang/bersalin

Mommies yang masih mencari2 produk untuk berpantang/bersalin yang mana sesuai.. Boleh cuba Set Berpantang / Bersalin Shaklee..

Kenapa perlu pilih Set Berpantang / Bersalin Shaklee?

- Membantu menyembuhkan luka dengan cepat
- Membantu dalam penyusuan susu ibu
- Sangat sesuai diambil oleh ibu sebaik sahaja selepas bersalin, walaupun anak mengalami demam kuning / jaundice
- Mengelakkan ibu dari sembelit semasa berpantang
- Membantu ibu menurunkan berat badan dan sentiasa bertenaga
- Selamat di ambi tiada kesan sampingan / cirit-birit kepada bayi

Mari kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini.....

Vita-Lea
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg 
kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang 
dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi 
penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

Zinc Complex
* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat 
kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn 
baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Vitamin C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara 
konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....

Energizing Soy Protein (ESP)
* Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. 
* Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 
* Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix
* OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 
* Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★

TESTIMONI DARI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE






★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆☆★☆★☆★☆★☆

NAK BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE, BOLEH TERUS HUBUNGI FIDA.
★017-4161426★

3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki

 

Rezeki, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu..

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.
Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewaruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
***
Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.
★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆
Fida adalah pengedar sah vitamin shaklee

Call/Whatsapp/Sms : 017-4161426 untuk maklumat lanjut