Thursday 2 October 2014

Sayangi Sendi Anda

Sayangi Sendi Anda Dengan Vitamin Shaklee
1 daripada 5 orang Malaysia akan menghidap arthritis, ini FAKTA bukan AUTA ya.SAYANGI SENDI ANDA! SENDI adalah tempat dimana dua atau lebih tulang bertemu. SENDI seperti melekat pada alas yang kuat dan elastik yang dinamakan Ligamen.

Ligamen membolehkan tulang bergerak pada SENDI untuk mencegah daripada terseliuh apabila bergerak. Ligamen bertindak sebagai pengikat SENDI.

Apa itu ATHRITIS?
Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi yang boleh berlaku dimana-mana bahagian anggota tubuh seperti jari, pergelangan tangan atau kaki, siku, leher dan sebagainya.Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis

Punca SAKIT SENDI/ATHRITIS?
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri.

Antara punca kerosakan
Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Simptoms atau tanda-tanda arthritis :
- Bengkak, kejang dan sakit
- Panas dan merah
- Susah untuk digerakkan.

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah Arthritis adalah -Umur, Gaya hidup, Pemakan dan Obesiti.

ANTARA JENIS-JENIS ATHRITIS:

Osteoporosis
**********
Keradangan yang berpunca daripada kekurangan fungsi rawan (semakin menipis) yang berperanan sebagai pelapik yang menyokong sendi.

Tanda : Kerap kebas pada awal pagi pada tangan, lutut, punggung dan sebagainya.

Artritis Rheumatoid
**************
Keradangan yang menyerang membran sonovial yang mengelilingi cecair pelincir dalam SENDI. Faktor risiko bagi penyakit ini biasanya berkaitan dengan tekanan emosi, fizikal, pemakanan yang tidak baik ataupun jangkitan bakteria. Antara tanda-tanada AR ialah demam, keletihan, kelemahan sistem pertahanan badan, anaemia dan masaalah kesakitan SENDI.

Gout
****
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda : Sakit, bengkak, panas pada sendi dan susah digerakkan.

Cegah Gout sebelum lebih parah.

Saturday 27 September 2014

CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE

Anda dah makan vitamin Shaklee?
Alhamdulillah. Anda sangat puas hati dengan ‘hasil’ yang anda dapat?
Adakah anda berminat nak teruskan makan Shaklee dan membuat belian seterusnya dengan harga ahli yang jauh lagi murah daripada harga retail?

Atau…

Adakah anda berminat untuk untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan disamping menjana pendapatan sampingan yang lumayan?


Dalam entri ini, saya akan kongsikan dengan anda:
  1. Macam Mana Nak Jadi Ahli Shaklee
  2. Soalan-soalan Popular Yang Selalu Ditanya Sebelum Orang Nak Daftar Sebagai Ahli Shaklee
  3. Kenapa Anda Wajib Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya

Macam Mana Cara Nak Jadi Ahli Shaklee

Nak jadi ahli Shaklee sebenarnya mudah sangat. Ada dua cara yang anda boleh pilih, ikut kesesuaian dan bajet anda.

1. Daftar Jadi Ahli Shaklee Berbayar

Cara yang pertama untuk menjadi ahli Shaklee adalah dengan membayar yuran pendaftaran keahlian seumur hidup bernilai hanya RM65. Murah saja kan?
Kalau semasa daftar tu anda nak beli sekali mana-mana produk Shaklee, takde masalah. And boleh terus membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan jimat sehingga 25%.
Best tak? Hanya RM65 untuk seumur hidup dan terus dapat penjimatan sehingga 25% untuk semua produk Shaklee.

2. Jadi Ahli Shaklee Percuma Seumur Hidup


Haaa…. Ada yang berminat nak jadi Shaklee secara percuma? Bukan setakat daftar percuma, tapi percuma seumur hidup. Menarik tak?

Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma, anda hanya perlu membuat pembelian produk Shaklee bernilai sekitar RM680 (nilai mengikut harga ahli) untuk mencukupkan 200 point.
Macam mana nak tau point untuk setiap produk? Senang jer ;) Anda boleh hubungi saya 017-4161426 untuk saya berikan senarai harga dan point setiap vitamin yang anda ingin beli.

Soalan-soalan Popular Yang Selalu Ditanya Sebelum Daftar Jadi Ahli Shaklee

Anda berminat nak daftar jadi ahli Shaklee, tapi mungkin anda masih ada beberapa persoalan yang bermain di minda. Di bawah ini saya cuba senaraikan 10 soalan yang paling kerap ditanya sebelum oleh mereka-mereka yang nak daftar jadi ahli sebelum ini.

1. Betul ke Yuran Pendaftaran Hanya RM65 Dan Untuk Seumur Hidup?

Betul! Yuran untuk jadi ahli Shaklee memang tak masuk akal. Hanya RM65 untuk seumur (+RM10 / RM20  untuk kos penghantaran ‘Member Kit’). Tiada yuran tahunan mahupun yuran bulanan.
Anda bayar sekali saja, dan boleh terus buat membeli produk Shaklee dengan harga ahli sampai bila-bila. Kalau anda buat bisnes dengan Shaklee, modal anda hanyalah RM65 tersebut.

2. Saya Kena Maintain Berapa Point Setiap Bulan?

Dengan Shaklee, anda tak perlu pun nak susah payah maintain point setiap bulan. Nak beli barang setiap 2-3 bulan sekali pun takde masalah. Keahliah anda akan tetap aktif.

3. Macam Mana Nak Beli Barang Nanti?

Anda tak perlu susah payah ke branch Shaklee sebab semua urusan pembelian boleh dibuat secara online. Lepas dah place order, biasanya dalam 2-3 hari barang dah sampai. Paling lama pun 5 hari berkerja.

4. Kena Isi Borang Apa-Apa Ke Untuk Daftar?

Anda tak perlu susah payah isi borang untuk daftar jadi ahli Shaklee. Lepas dah buat pembayaran, anda hanya perlu memberikan:
  • Nama Penuh Anda
  • No IC
  • Nama Pasangan
  • No IC Pasangan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Emel
  • No Telefon

5. Berapa Lama Masa Yang Diambil Untuk Proses Pendaftaran?

InsyaAllah saya akan daftarkan ada dalam masa 24 jam selepas bayaran telah dibuat. Semua urusan pendaftaran ahli baru Shaklee boleh dibuat secara online pada bila-bila, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

6. Bila Saya Boleh Start Beli Produk Shaklee?

Anda boleh buat pembelian sekali dengan pendaftaran untuk menjimatkan kos penghantaran. Kalau anda join Shaklee untuk buat bisnes, anda boleh terus start promote Shaklee selepas menjelaskan yuran pendaftaran.
Orang kata, “Fast Action, Fast Result” :)

7. Kalau Tak Nak Buat Bisnes, Makan Sendiri Jer Boleh Ke?

Boleh sangat. Takde masalah pun sebab Shaklee takdelah mewajibkan setiap ahli buat bisnes. Tapi kalau anda nak buat bisnes, mestilah lagi bagus sebab anda boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan dengan Shaklee nih.

8. Apa Kelebihan Jadi Ahli Shaklee?

Antara kelebihan jadi ahli Shaklee ialah anda dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah selain daripada mengumpul point (UV) untuk setiap belian. Kalau anda berjaya mengumpul sekian-sekian point dalam satu bulan, anda akan mendapat ‘cash bonus’ daripada Shaklee.
Selain daripada ‘cash bonus’, Shaklee juga menawarkan “Car Bonus” dan juga tiket-tiket percutian & umrah ke luar negara.

9. Kalau Saya Nak Buat Bisnes, Macam Mana? Saya Malu & Tak Reti.

Berminat nak buat bisnes dengan Shaklee? Tahniah kerana membuat pilihan yang bijak! Anda tak perlu risau kalau anda seorang yang pemalu dan tak reti langsung tentang online bisnes.
InsyaAllah saya dan suami akan guide anda dari A sampai Z tentang bagaimana anda boleh mula menjana pendapatan sampingan daripada Shaklee secara 100% online.

10. Kalau Nak Daftar Sendiri Di Branch Shaklee Boleh Ke?

Boleh jer kalau nak daftar di branch. Cuma pastikan di ruangan “Penaja / Sponsor”, anda masukkan Shaklee ID saya, 930535 (nama Firdaus Binti Che Jusoh).
Selepas selesai mendaftar, sila hubungi saya di 017-4161426 seberapa segera.

Kenapa Anda Wajib Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya


Walaupun jadi ahli Shaklee nih ada banyak kelebihan, malangnya tak semua ahli yang dapat menikmati kelebihan-kelebihan ini. Ramai juga yang lepas daftar, mereka menyesal sangat sebab join Shaklee. Antara sebabnya mereka menyesal:

1. Dah Beli, Tak Tau Cara Makan

Ada yang dah beli produk, tapi tak tau cara makan yang betul dan berkesan. Akhirnya mereka gagal mendapat hasil yang diingini. Bila tanya upline, upline pun tak tau dan suruh ‘Google’ jer.
Kalau masih ada persoalan, boleh tanya saya bila-bila masa. Insya-Allah saya akan jawab secepat mungkin.

2. Terpaksa Beli Stok RM10K Semasa Daftar

Bila nak daftar, ada ‘upline’ yang cakap kena beli stok barang-barang Shaklee bernilai RM10K. Terpaksalah buat pinjaman sana sini untuk cukupkan RM10K. Lepas dah daftar, upline terus hilang ntah ke mana. Saja dia suruh beli stok supaya dia cepat naik ‘pangkat’. Last-last stok tu terbiar jer dekat rumah sebab tak reti nak jual.
Dengan saya, anda boleh daftar tanpa beli stok pun takpe. Hanya RM65 untuk seumur hidup. Tak perlu pening kepala nak pinjam duit dengan bank.

3. Nak Buat Bisnes Tapi Tak Reti

Ada yang join sebab nak buat bisnes, malangnya upline dia nih tak reti langsung macam mana nak buat bisnes. Disuruhnya gi belajar dengan orang lain atau join seminar itu ini. Terpaksalah keluar duit lagi untuk ke kelas-kelas pemasaran online.
Alhamdulillah untuk sesiapa yang daftar bawah saya, anda sangat beruntung sebab saya boleh ajar cara buat bisnnes secara online menggunakan Facebook, Blog dah juga emel. Nak belajar dengan saya 100% percuma :)
Lagi best sebab saya & tim saya selalu mengadakan sesi online coaching (hanya perlu mengadap laptop, smartphone atau tablet).  :)

4. Tak Tau Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat

Bila dah jadi ahli Shaklee, kenalah ikut terma & syarat yang dibuat oleh Shaklee supaya keahlian anda tak dilucutkan ataupun digantung. Malangnya, tak ramai yang tau apa yang boleh dan tak boleh dibuat oleh seorang ahli Shaklee. Ini menyebabkan ada yang dilucutkan keahlian apabila melanggar peraturan.

Berminat Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee Hari Ini?

Saya kira anda dah faham macam mana nak jadi ahli Shaklee dan kenapa anda perlu daftar dengan saya. Dengan yuran hanya RM65 untuk seumur hidup dan kelebihan yang terlalu banyak, mustahil anda boleh rugi kalau mendaftar sebagai ahli hari ini.
Kepuasan anda keutamaan saya.


Monday 22 September 2014

PERBEZAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Apa yang membezakan kolagen Shaklee berbanding kolagen lain?

Haaaa sangat berbeza. Shaklee tidak menambah apa-apa perasa ke atas kolagennya untuk menjadi lebih sedap tetapi Shaklee menggabungkan ramuannya supaya menjadi lebih berkesan.

Anda sanggup bayar produk harga beratus yang memang tujuannya untuk cantik tapi dibayar untuk rasa? Kalau nak rasa sedap, baik jangan beli kolagen.. Baik beli minuman lain, hargapun murah.

Ok.. Kenapa Shaklee berbeza? Lihat sahaja pada ramuannya;

Bukan sekadar kolagen

1) kolagen daripada sisik ikan merah
Sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan

2) Ekstrak biji Camellia Japonica
Terdiri daripada asid oleik, atu omelien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon; antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

4) Elastin daripada kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

5) Vitamin C dan vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel

6) Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

7) Lactobacillus Acidophillus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen

Haaaa nampakkan?? Shaklee menggabungkan 7 ramuan yang membuatkan mereka saling bersinergi..

Jadi, kenapa nak tunggu lagi?? Nak biarkan terus kulit makin mengendur??

------------------------
Hubungi Fida - 017-4161426
------------------------

Monday 1 September 2014

KENAPA KULIT PERLUKAN COLOGEN

Nak ke tua sebelum usia?

 Itu ibarat mimpi ngeri bagi kita kan. Tapi dengan kesibukan harian, kadang kala tiada masa untuk memanjakan diri sendiri. Sedar-sedar je kulit dah berkedut, kendur dan garis-garis halus di muka pun tumbuh macam cendawan dah. Tahukan anda kenapa ini terjadi?
Kerana tubuh kita semakin kekurangan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada 75% berat untuk kulit yang sihat. Tetapi semakin kita meningkat usia, paras kolagen turut berkurangan. Pengurangan kolagen inilah yang menyebkan munculnya tanda-tanda penuaan seperti berikut:
    • Kulit berkedut, kering dan melayut
    • Kuku rapuh dan tidak kukuh
    • Rambut halus dan gugur
Semua orang sebenarnya akan mengalami kemerosotan semulajadi ini. Dan cara untukmengatasinya adalah dengan mengambil supplement kolagen tambahan bagi menggantikan kolagen yang telah hilang. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan kulit yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang awet muda.

Kenapa kita perlukan kolagen tambahan?

Kolagen dihasilkan oleh badan secara semulajadi. Tetapi penghasilan kolagen akanberkurangan sehingga 15% setahun sebaik usia kita mencecah 20-an. Kolagen juga sebenarnya mudah dimusnahkan oleh keracunan di dalam tubuh kita akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat, stress, pencemaran kosmetik dan wangian sertapencemaran persekitaran.
Realitinya, hampir separuh kolagen hilang dari badan kita sebaik kita mencecah usia 40 tahun. Kesannya, mulalah kulit berkedut, hilang kelembapan, tampak kusam, jeragat kelihatan, kulit tidak keanjalan dan sebagainya.
Kesan kekurangan kolagen juga boleh dilihat dengan ketara pada bahagian payudara wanita, punggung dan abdomen/perut yang menggeleber ke bawah dan hilang keanjalannya. Bersediakah anda menghadapi masalah kekenduran ini? Mahukah anda kelihatan tua berbanding usia sebenar anda?
Saya pasti jawapannya tidak kan. Mahukah anda tahu rahsia untuk kekal menawan, cantik dan awet muda?
Awet muda dengan shaklee collagen powder
Jawapannya pastilah dengan Shaklee Collagen Powder!

Kenapa Shaklee Collagen Powder?

    • Supplement kolagen hebat yang mengandungi 400mg proprietari RSS Collagen
    • Kolagen yang berkualiti tinggi, tulen dan diekstrak dari sisik ikan merah
    • Molekulnya ringan, jadi lebih mudah diserap ke dalam kulit untuk kesan yang lebih hebat
    • Mempunyai 7 bahan tambahan iaitu Vitamin B, Vitamin C, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak kerang-kerangan, bakteria Lactobacilus acidopilus, ekstrak Pfaffia dan elastin dari kolagen ikan. Gabungan kesemua bahan ini menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda.

Shaklee Collagen Powder terbukti amat berkesan dan selepas 8 minggu menggunakannya, anda akan dapati:

    1. Kelembapan kulit –> meningkat 90%
    2. Kekasaran dan pengeringan kulit –> berkurang 75%
    3. Penampilan keseluruhan –> meningkat 71%
    4. Kelembutan dan kelicinan kulit –> meningkat 69%
    5. Make-up yang dipakai tahan lebih lama –> meningkat 60%
    6. Kanjalan, ketegangan dan elastisiti kulit –> meningkat 55%
    7. Ketebalan rambut –> meningkat 54%
    8. Keserian, tona dan warna kulit –> meningkat 50%
    9. Garis-garis halus dan kedutan –> berkurang 18%

Awet muda dengan shaklee collagen powder

Banyakkan kelebihannya. Jika anda mahu kekal awet muda dan sentiasa tampil cantik, sihat dan menawan, dapatkanlah Shaklee Collagen Powder sekarang.

Hubungi Fida untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma :
(ID No :930535)
Pengedar Sah Shaklee di Malaysia
FB : https://bitly.com/ummifida 
PM KE FB : https://bitly.com/messageummifida
Call/SMS/Whatapps/Viber : 017-4161426
COD : Sekitar Negeri Perlis
Poslaju : Seluruh Malaysia
***Hanya Vitamin Terbaik untuk Anda dan Keluarga***

Wednesday 20 August 2014

Set Kurus Shaklee Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan


Adakah set kurus Shaklee dapat membantu anda yang menghadapi masalah berat badan secara selamat? Ini kerana banyak produk yang berada di pasaran sehingga menyukarkan anda untuk membuat pilihan.

- Sudah tentu anda ingin produk yang mempunyai kelulusan KKM bagi memastikan keselamatannya.Sijil halal juga adalah penting supaya anda yakin untuk menggunakannya tanpa was-was.

Dari situ anda mencari dan melihat begitu banyak testimoni produk yang memaparkan kesan yang menyelesaikan masalah sama seperti anda.Salah satunya adalah produk yang ada dalam set kurus Shaklee yang sudah berpuluh tahun berada di pasaran.
Pernah juga anda cuba diet secara ekstrem untuk cuba menjadi kurus.Malangnya anda berasa ketar dan lemah kerana tidak makan sepanjang hari.Mengapa perlu menyeksa diri jika ada cara yang membolehkan badan anda menjadi langsing semulajadi. 
Ini kerana badan yang langsing sudah pasti idaman setiap orang.Dengan bentuk badan tersebut anda bebas mencuba pelbagai pakaian yang cantik dan beraneka corak serta warna.Bukan itu sahaja self confident dalam diri anda juga turut meningkat. Rasa sakit hati jugakan bila asyik dengar orang mengata anda di belakang.

Kelebihan Set Kurus Shaklee

  • Membantu mereka dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan
  • Membekalkan protein untuk mereka yang berdiet agar kekal aktif untuk melakukan aktiviti seharian
  • Membina otot badan agar kulit tidak menggeleber selepas badan menjadi langsing.
  • Menyingkirkan toksin yang menghalang badan dari menyerap nutrient dari makanan yang diambil
  • Anda akan berasa kenyang yang menyebabkan anda tidak makan secara banyak.
  • Mengurangkan paras kolestrol dalam badan yang menjadi punca kepada serangan jantung.

Cadangan Produk Dalam Set Kurus Shaklee

Secara asasnya set pelangsingan Shaklee ini berfungsi dalam 3 cara supaya berat dan bentuk badan anda tidak on dan off.3 cara tersebut adalah seperti :

Bakar
Lecithin ATAU Omega guard
  • Menyingkirkan lemak dari makanan yang kita ambil dengan memecah dan menyingkirkan lemak tersebut.Membersihkan salur darah dari lemak dan kolestrol yang melekat di saluran darah.
 Detox
Alfalfa ATAU herb lax
  • Merangsang proses percernaan agar menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan.
  • Melegakan sembelit kerana herb lax juga merupakan pelembut najis.Tidak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak untuk mengelakkan bayi dari cirit birit.
Bina
Cinch Shake Mix ATAU ESP Protein
  • Mengelakkan kulit dari menggeleber dan membekalkan protein dalam badan.
  • Membina otot supaya bentuk badan anda menjadi cantik dan menawan
  • Mengenyangkan seteruskan mengawal selera makan.

CARA PENGAMBILANSET KURUS SHAKLEE 
Konsisten adalah penting dalam mendapatkan bentuk badan yang langsing.Selain itu anda juga disarankan mengambil air minuman dalam kuantiti yang banyak iaitu 3 liter sepanjang hari.Air ini bertindak sebagai pelincir semulajadi dalam badan kita.Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh anda mengalami dehidrasi yang tidak bagus untuk kesihatan diri anda.
Sarapan
  • Jangan skip makan pagi kerana ia membekalkan tenaga untuk anda sepanjang hari.Jadi anda boleh mengambil segelas Cinch Shake ataupun ESP Soy Protein yang tinggi kandungannya proteinnya.
Makan Tengahari/Lunch
  • Makan seperti biasa dalam kuantiti yang sederhana. Selepas itu anda boleh makan lecithin shaklee (3 biji) dan juga Alfalfa(3 biji) yang merupakan vitamin larut lemak untuk proses bakar & buang makanan berlemak yang diambil tadi.
Makan Malam/Dinner
  • Anda boleh makan nasi atau mengambil makanan tinggi serat seperti roti semasa makan malam.Waktu yang terbaik adalah sekitar pukul 5-7 malam kerana karbohidrat dan protein dicerna sepenuh antara 4-5 jam selepas anda makan.Sebelum tidur anda boleh mengambil lecithin(3 biji) dan Alfalfa Shaklee (3 biji).

PILIHAN PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE MENGIKUT BAJET ANDA

BAKAR >> BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN


 BAKAR >> BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN
DISAMPING ATASI MASALAH KOLESTROL

BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN
DISAMPING TINGKATKAN METABOLISMA BAGI INDIVIDU YANG MUDAH NAIK BERAT 

BAKAR>>BUANG>>BINA OTOT SERTA KAWAL PEMAKANAN
UNTUK IBU MENYUSU DISAMPING DAPAT MENINGKATKA PENGELUARAN SUSU IBU


Testimoni Set Pelangsingan Shaklee
Lepas raya bagi yang mengalami pertambahan berat badan,boleh mengamalkan cinch shake yang terdapat dalam set kurus ini.Anda akan berasa kenyang supaya tidak makan berlebihan. Apatah lagi ketika berada di open house
Cinch-Shake-Turun-Dalam-2-Minggu

LAGI TESTIMONI





Jadi bertindaklah sekarang dengan membuat tempahan set kurus Shaklee dari kami dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menawan secara selamat.

Hubungi Fida untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma :
(ID No :930535)
Pengedar Sah Shaklee di Malaysia
FB : https://bitly.com/ummifida 
PM KE FB : https://bitly.com/messageummifida
Call/SMS/Whatapps/Viber : 017-4161426
COD : Sekitar Negeri Perlis
Poslaju : Seluruh Malaysia
***Hanya Vitamin Terbaik untuk Anda dan Keluarga***



Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Kali ini fida nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
1.  Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.  Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.  Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
4.  Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
5.  Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.  Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
7.  Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 

8.  Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.  Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10.               Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11.               Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Apakah kesan akibat kegemukan atau obesiti yang melampau?
Lemak yang berlebihan akan meyebabkan berlakunya banyak penyakit kepada badan. Antaranya termasuklah :
- Penyakit tiga serangkai (Serangan jantung, kencing manis
  dan darah tinggi)
- Gangren
- Kanser
- Masalah pernafasan
- Masalah sendi seperti gout, sakit lutut, sakit belakang dll.
- Masalah hempedu
- Masalah kesuburan
- Vena varikos
- Masalah kurang kayakinan pada diri sendiri, kemurungan,
  gelisah dll.

Takutnyaa....kann..kann...
Haaaa...kalau takut..Jom bersama fida untuk mendapatkan Rahsia turunkan berat badan secara sihat dengan Set Kurus Shaklee.
klik sini bit.ly/setkurusshakleeummifida untuk dapatkan info lengkap tentang SET KURUS SHAKLEE. 

Hubungi Fida untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma :
(ID No :930535)
Pengedar Sah Shaklee di Malaysia
FB : bit.ly/ummifida 
PM KE FB : bit.ly/messageummifida
Call/SMS/Whatapps/Viber : 017-4161426
COD : Sekitar Negeri Perlis
Poslaju : Seluruh Malaysia
***Hanya Vitamin Terbaik untuk Anda dan Keluarga***


Tuesday 19 August 2014

Keseronokan Bekerja

Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja



Kenapa tidak seronok bekerja?
  • Ramai orang tak nampak keperluan ceria dalam pekerjaan
  • Tidak berdoa untuk seronok 
  • Ikut mood 

Kesan seronok bekerja :
  • Sihat - sbb tu seronok pergi kerja
  • Muka cun
  • Otak kreatif
  • Kerjanya produktif
  • Auranya besar - aura ada 3 lapis iaitu kesihatan, keceriaan dan keimanan
Tips untuk seronok bekerja :


"Menurut Kung Fu Tze - Kalau dapat kerja yang seronok, dia tidak perlu bekerja"

Bagaimana untuk ceria di tempat kerja :
  • Mulakan dengan diri sendiri
  • Ceriakan orang lain juga
  • Cetuskan suasana yang ceria - gunakan kaler KUNING untuk rasa seronok dan ceria
  • Raikan sesuatu 
Monday Blues :
  • Mood tak naik sebab dah cuti Sabtu dan Ahad
  • Jgn disebabkan orang lain, kita pula yang bad mood
Bagaimana untuk seronok jika kerja sendiri :
  • Bersyukur sebab ada kerja
  • You are your own boss - patut lebih seronok
  • Pergi tempat kerja senyum
  • Mulakan kerja dengan doa
  • Pasang niat untuk buat kerja dengan baik
  • Jangan ikut mood orang
  • Jgn fed-up dengan rakan sekerja

"Orang yang seronok tidak semestinya senyum, tapi kalau orang senyum dia mesti seronok"

Apakah faktor yang boleh menyebabkan kita ceria di tempat kerja?
  • Kita seronok dengan kerja yang kita buat
  • Bentuk suasana yang seronok
  • Kita ceriakan orang
  • Buang perkara yang menyebabkan kita tidak ceria
  • Salam dan peluk rakan sekerja sebelum pulang

Setiap malam, set mood untuk ceria dan gembira sebelum tidur.
Selamat beramal.

☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆★☆
Fida adalah pengedar sah vitamin shaklee

Call/Whatsapp/Sms : 017-4161426 untuk maklumat lanjut