Thursday 26 November 2015

KENAPA SUPPLEMEN TIDAK BERKESAN

Isu ni saya kupas SPECIAL kepada anda yang rasa kurang keyakinan atau rasa badan tidak serasi dengan supplemen.

Kenapa supplement tak berkesan bagi sesetengah orang.???

Ada yang dapat kesan cepat. Ada yang dah makan hampir sebulan pun masih belum berkesan atau tiada kesan yang diharapkan.

Jom..kita tengok kenapalah makanan tambahan ni tak memberi kesan yang terbaik.

Antaranya:
1) Pengambilan air yang tak mencukupi.
- Kalau yang dah bergelen2 minum air tu baguslah tapi janganlah sampai melebih-lebih pula. Minum 2-3 liter air PUTIH sehari. Ataupun lebih baik ikut berat badan anda. 1 liter air untuk setiap 25kg. Air Putih tau,bukan air yang bergula. Kalau minum air bergula, darah akan jadi pekat dan menyebabkan nutrien sukar nak menyerap dengan baik.

2) Penggemar kafein tegar.
- Kafein menghalang penyerapan nutrien secara maksimum. So, bila dah cakap terhalang lebih baik jangan ambik supplimen atau apa2 ubat bersama kafein. Pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang ada dalam badan kita Pengambilan kafien secara berterusan akan membazirkan kandungan vitamin yang kita ambil selama ini. Sia2 sahaja.. Macam mana nak nampak kesan yang diharapkan?

3) PERLU KONSISTEN
- Nak kesan cepat tapi makan supplemen Kadang2 aje. Hari ni makan, esok lupa, lusa makan, tulat lupa balik! Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 90 hingga 120 hari untuk kesan yang terbaik dapat kita lihat. Kesan penyerapan vitamin bagi setiap individu juga adalah tak sama, maka kena lah konsisten kalau nak kesan dilihat dengan lebih cepat.

4) Masa makan yang tak sesuai
- Ada setengah orang mengatakan waktu makan supplimen ni flexible, tapi anda sendiri pun buat lah research sikit2 pasal produk. Contoh:, kalau saya tak buat research,saya takkan tahu pasal ni.. zinc complex sesuai makan masa perut kosong. Makan waktu pagi sebelum makan apa2. Kalau makan dengan contohnya roti, zinc tu tak kan bagi kesan sebab roti boleh musnahkan khasiat zinc. MASA TERBAIK MAKAN SUPPLIMENT NI,KETIKA PERUT KOSONG. :) lagi satu, Be Konsisten!!!

5) Elakkan makan supplement sekaligus
- Kadang-kadang kita jadi pemalas nak makan supplement ikut jadual. Lepas breakfast semua nak telan, padahal dah tahu cara makan,tapi tak nak ikut.Degil jugak nak makan sekali ngap semua!
- Apabila kita makan supplement secara serentak, kepekatan darah kita akan meningkat pada masa tertentu. Kalau anda jenis minum air banyak tu tak pe lah jugak. Ada juga yang ambil segala jenis supplement malam sebelum tidur, lepas tu minum ke air?Sudah tidur,macam mana nak minum air..hahaa.. So,silalah ikut jadual pemakanan supplement seperti yang telah di bagitau perunding vitamin anda tu yer. Lagi pun, takkan tak kesian kat buah pinggang sendiri,perlu hadapi segala supplement dalam satu masa? Aturkan masa makan yer, ikut lah jadual yang betul.

6)ELAKKAN
- Mengambil supplemen bersama ubat Kalau anda ada ubat doctor yang nak kena makan, sila jarakkan masa dengan supplement. Ini bertujuan untuk mengelakkan darah dalam badan bercelaru, tak dapat nak serap supplement dengan berkesan.
- Contoh kalau makan ubat doctor pagi, ambil lah supplement tengah hari, petang atau malam. Kata kan lah ubat doctor nak kena makan pagi, tengah hari, petang and malam. Maka, jarakkan dalam 1 hingga 2 jam selepas makan ubat doctor untuk makan supplement pula.

7) BADAN BANYAK TOKSIK
- Macam mana pula boleh tau badan banyak toksik?? Makan Supplimen banyak2 pun tak berkesanlah.. hihii. Kalau anda makan seafood atau anda penggemar tegar seafood, berhati2 akan level toksik dalam badan anda k... Terbaik sebelum makan semua supplemen tu,anda buat detox dulu.Makan HERBLAX untuk detox usus dan alfalfa untuk detox darah.

8) Metabolisma badan
- Ianya juga mainkan peranan. Kalau anda nak kurus, metabolisma badan memainkan peranan penting. Jangan pula bila dah ambik Set Kurus,anda dah tak bergerak langsung.Buatlah senaman walaupun senaman tu sekadar sapu sampah, sapu dan mop lantai rumah ataupun boleh jalan2 saja setiap petang.

9) Pantang larang pemakanan supplement
- Sesetengah supplements tak boleh diambil pada suatu masa sebab penyerapan salah satu daripadanya akan terbantut.
- Contohnya Vita Lea tak boleh diambil bersama susu, ia akan mengganggu penyerapan zat besi dalam badan.

Berminat untuk dapatkan vitamin SHAKLEE???

Jangan malu-malu untuk hubungi fida.

                                                                                  FIDA :

                                                                WHATSAPP 017-4161426
                                                                SMS/CALL   019-2420703

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.



  
 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)




Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Kelebihan Vitamin C Shaklee
Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.
Di bawah ini Mama senaraikan sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:
1.      Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
2.      Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
3.      Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
4.      Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
5.      Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:
1.      Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
2.      Mencerahkan kulit.
3.      Melambatkan proses penuaan.
4.      Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk:
1.      Meningkatkan sistem imunisasi badan.
2.      Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
3.      Mengatasi masalah gusi berdarah.
Menarik kan vitamin C Shaklee ini? Hah apalagi, marilah dapatkan sebotol. Sebotol ada 180biji, dan tahan untuk kegunaan enam bulan.
Untuk tempahan, sila hubungi nombor ini:

                                                                                   FIDA :
                                                                WHATSAPP 017-4161426
                                                                SMS/CALL   019-2420703





Monday 16 November 2015

BAHAYA LIDAH

Mukadimmah:
Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah. Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka.

Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara:

1.Jangan bercakap bohong: Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.
2.Jangan mungkir janji: Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.
3.Jangan mengumpat: Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita. Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja, dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat. Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”
4.Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain: Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.
5.Jangan memuji diri-sendiri: Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-lekas beredar.
6.Jangan melaknat: Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.
7.Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
8.Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.

JIKA RAKAN2 INGIN DAPATKAN INFO YANG LEBIH LENGKAP BOLEHLA MELAWATI https://ondastreet.wordpress.com/2012/11/30/tazkirah-jumaat-bahaya-lidah/
:)