Friday, 4 July 2014

Amalan Sunnat Bulan Ramadhan


Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.



1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

KEINDAHAN RAMADHAN

Bulan Ramdhan adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t dan umat Islam umumnya. Ini kerana, nilai bulan itu sendiri yang mengandungi pelbagai peristiwa penting bagi umat Islam. Segala peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah membentuk umat Islam menjadi umat yang berperibadi mulia, patuh kepada hukum hakam, berakhlak, bernilai kemanusiaan serta menguji ketaatan hamba kepada Allah swt terutama dalam konteks ibadat. Peristiwa2 itu juga telah mencatatkan segala macam bentuk keindahan Islam yang tersendiri yang memberi kesan kepada kehidupan umat Islam. Antara peristiwa tersebut ialah:-
 
1) Bulan Ramadhan bulan turunnya Al Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al Quran. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 185
 
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga
supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

2) Bulan terdapatnya malam Lailatul Qadar

Malam diturunkan Al Quran dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Ad Dukhan ayat 3-6

3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

5. Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul

6. (untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya).

Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa kerana kelebihan beribadat pada malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 2:

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "

Dengan sebab kemuliaan dan gandaan pahala itulah maka bila tibanya bulan Ramadhan, umat Islam berlumba lumba beribadat dimalamnya dengan melakukan ibadat seperti solat terawikh dan ibadat2 lain dengan harapan dapat bertemu dengan malam Al Qadr. Sesiapa beribadat pada malam tersebut juga akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Sabda Rasulullah saw:-

“ Bersabda Rasulullah saw: Sesiapa yang bangun di malam Lailatul Qadar denagn penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang telah lalu” (Bukhari)

Sememangnya pada malam Lailatul Qadar tersebut, Allah swt telah menghidangkan kepada hambanya dengan keberkatan yang berpanjangan, dengan rahmatnya yang luas dan dengan fadhilat ibadatnya yang berlipat kali ganda. Cuma timbul persoalan kepada kita bilakah malam Lailatul Qadar itu akan muncul? Allah swt sengaja merahsiakan malam Lailatu Qadar bertujuan untuk member peluang kepada kita untuk menghidupkan setiap malam dalam bulan Ramadhan dengan ibadat. Ia juga secara tidak langsung melatih diri kita untuk sentiasa rajin beribadat pada bulan2 selepas Ramadhan.

Namun demikian, ada pendapat mengatakan bahawa, malam Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ganjil sepuluh akhir Ramadhan. Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw:

“ Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan” (Bukhari)
3) Bulan Ramadhan bulan menghayati Al Quran

Membaca dan menghayati Al Quran pada bulan Ramadhan merupakan satu ibadat yang amat digalakkan. Ini kerana pada bulan inilah Rasulullah saw akan bertadarus dengan Jibril as dengan membaca Al Quran. Oleh kerana itu, umat Islam disaran untuk mempraktikkan konsep tadarus ini dalam usaha untuk menghidupkan bulan Ramadhan ini. 
 
4) Bulan yang dibebaskan gangguan syaitan

Umat Islam pada bulan ramadhan bebas beribadat tanpa gangguan syaitan. Pada bulan ini, para syaitan akan dirantai dan keistimewaan ini hanya terdapat pada bulan ramadhan sahaja. Sabda Rasulullah saw:-

“Jika datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan” (Bukhari dan Muslim)

5) Bulan dibukanya pintu2 rahmat

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan dibukanya pintu2 rahmat. Sabda Rasulullah saw:-

“Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu2 rahmah” (Muslim)

Dengan terbukanya pintu2 rahmat ini, maka umat Islam disaran supaya mempertingkatkan ibadat masing2 sepanjang bulan Ramadhan. Antara rahmat Allah swt yang paling besar ialah dibukanya pintu2 langit dan ditutupnya pintu2 neraka sebagaimana sabda Rasulullah saw:-

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka pintu2 langit, ditutup pintu2 jahanam dan diirantai para syaitan” (Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa rahmat Allah swt sangat luas pada bulan Ramadhan dengan dibukanya pinti2 langit dan pengampunan kepada hamba2 yang telah melakukan maksiat dari terus diazab dengan menutup pintu2 neraka. Ini adalah antara anugerah Allah swt yang sangat berharga kepada hamba hambanya yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan.

6) Bulan Ramadhan bulan pengampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan kemapunan. Allah swt akan mengampunkan dosa hambanya jika amal ibadat yang dilakukan itu benar2 ikhlas, khusyuk dan tawadduk serta tidak diselang selikan dengan dosa2 besar dan dosa kecil. Sabda Rasulullah saw:-

“Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu” (Bukhari dan Muslim)

Disamping mengerjakan ibadat2 sunat seperti berzukir, membaca Al Quran dan sebagainya, umat Islam juga digalakkan untuk membanyakkan berdoa kepada Allah swt. Antara doa yag telah disarankan supaya kita sentisa membacanya pada bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis:-

“Diriwayatkan dari Aisyah ra beliau berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika Engkau tahu bila malama Lailatul Qadar, apa yang aku ucapkan? Baginda bersabda: Ucapkanlah doa

“ Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku” (Tarmizi dan Ibnu Majah)

7) Bulan Ramadhan bulan untuk berinfaq

Disamping diwajubkan berpuasa, umat Islam juga dituntut supaya melakukan ibadat2 lain seperti menunaikan zakat fitarh dan bersedekah pada bulan Ramadhan. Perkara ini sentiasa Rasulullah saw lakukan sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis:-

“Dari ibnu Abbas ra berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah maka dia akan lebih pemurah pada bulan Ramadhan dimana baginda ditemui oleh Jibril pada setiap malam Ramadhan mengajarkan Baginda Al-Quran” (Bukhari)

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan pilihan Allah swt untuk membuka dan memberi peluang kepada hambanya bermuahasabah diri dan melakukan ibadat semaksimum mungkin. Jadi terpulanglah kepada kita utuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi di dunia dan akhirat.

Wednesday, 12 September 2012

Persiapan Keperluan Bayi

PERSIAPAN KEPERLUAN BAYI - Sebelum Ummi Bersalin

Alhamdulillah..usia kandungan ummi dah 33 minggu..insyaallah, tak lama lg, sumayyah akan dapat adik..skrang ni ummi sgt2 sibuk membeli barang untuk adik kamu.. di sini ummi akan kongsikan serba sedikit keperluan yg perlu ummi beli sblm ummi bersalin nanti.. >__<

  • baju - yg ni ummi lebih suka beli yg ada butang depan. senang nak pakaikan nnt.
  • pampers saiz new born - beli sikit ja sbb kadang2 ada yg xsesuai dgn kulit baby
  • pelapik getah - yg ni kita guna untuk tukar lampin baby kita..xda la tekena pada tilam nnt.
  • kelambu baby - yg ni untuk elak nyamuk gigit kulit baby yg halus tu..tp ada gak tilam yg skali kelambu skrang ni.. mcm ummi, ummi beli tilam skali kelambu terus.. ^_^
  • besen mandi baby
  • wet tissue - yg ni penting..nak lap tempat yg patut dibersihkan..hihi
  • botol spray air
  • tisu kotak
  • barut baby - penting tau..bukan ummi ja yg pakai barut untuk cantikkan badan, baby pun nak pakai barut untuk elak kembung2..
  • sarung tangan kaki & tangan baby - yg ni juga penting..nak elak baby cakar2 sbb kuku baby ni cepat panjang.
  • kain selimut baby
  • jemuran - untuk sarung tangan baby n baju2 baby kita nnt..
  • botol susu baby - beli yg kecik ja tau.
  • sabun wangi badan untuk basuh pakaian baby, untuk mandian baby.
  • cotton bud baby.
  • ball cutton untuk cuci pusat baby.
  • minyak telon - yg ni ummi guna set lisa formula punya. wangi.. diguna untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut, & bagi rasa hangat pd perut baby kita nnt.

  • pastu apa2 yg rasa perlu.. >__<





Wednesday, 5 September 2012

bersama suami tersayang & sumayyah kesayangan ummi.. ^_^



baru2 ni g jalan2 kat pantai timur.. dah lama teringin nak ke sana..bercuti bersama suami n anak kesayangan.. dulu2 penah study sana 3 tahun.. abesja study, ada gak g sana tp xjln2.. abesja urusan, terus balik.. tp kali ni, suami bawak jln2.. 5hari 4 mlm lg.. tp tetap xpuas.. rasa nak duduk lg kat sana..apa2, ummi tetap bersyukur sbb dapat gak ke sana sebelum ummi berpantang nnt. alhamdulillah. ^_^

Friday, 9 March 2012

luka di hati, siapa y tahu..

sedih..tak dapat dipisahkan dari hati kecil ini..hati ini terus menangis..menangis kerana disinggung insan y disayangi..
tp, kenapa hati ini perlu terlalu lembut..tak blh k jd keras w/pun sedikit..
air mata, dengan laju kau mengalir..tak dapat dibendung lagi..

Saturday, 4 February 2012

assalamualaikum..

hari ni saja teringat nak buka page ni..tak tau sbb apa..mungkin sbb rasa boring y teramat dan tak tau nak buat apa..

skrang ni, tak tau la sbb apa hati ni terlalu sensitif n sedih sgt2.. rasa nak nangis sentiasa..nangis ngadu pada Nya..

semalam air mata ini mengalir lg..mengalir dan terus menganding..hati ini da tak larat nak pendam rasa..lalu kulepaskan air mata y begenang di bibir mata ini..

Allah.