Cara Menurunkan Berat Badan
Dengan Cepat Dan Sihat
Kali ini fida nak jadi penasihat
kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu
mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin
ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang
dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa
mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada
tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga
sihat.
1.
Kunyah makanan lebih lama dari
biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan
pengambilan makanan.
2.
Kurangkan pengambilan makanan yang
tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan
makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih,
dan makanan ringan.
3.
Jika anda terasa lapar, makan hanya
sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
menghilangkan rasa lapar.
4.
Jangan makan lewat malam. Jika anda
tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan
makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5.
Jika anda terbangun dari tidur pada
waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti
epal atau pisang.
6.
Jangan terlepas atau sengaja
melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda
hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah
terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
7.
Kawal nafsu makan anda kerana ia
akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda
perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan
anda.
8.
Jika anda masih gagal mengawal nafsu
makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan
dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan
tengahari dan makan malam.
9.
Anda boleh menggunakan pil diet
untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi
sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10.
Tingkatkan aktiviti fizikal anda.
Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya
perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah
untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda
lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga
daripada menggunakan lif.
11.
Buat senaman 'sit up' dan 'push up'
setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas
balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan
'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat,
malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
Apakah kesan akibat kegemukan atau obesiti yang melampau?
Lemak yang berlebihan akan meyebabkan berlakunya banyak penyakit kepada badan. Antaranya termasuklah :
- Penyakit tiga serangkai (Serangan jantung, kencing manis
dan darah tinggi)
- Gangren
- Kanser
- Masalah pernafasan
- Masalah sendi seperti gout, sakit lutut, sakit belakang dll.
- Masalah hempedu
- Masalah kesuburan
- Vena varikos
- Masalah kurang kayakinan pada diri sendiri, kemurungan,
gelisah dll.
Takutnyaa....kann..kann...
Haaaa...kalau takut..Jom bersama fida untuk mendapatkan Rahsia turunkan berat badan secara sihat dengan Set Kurus Shaklee.
Hubungi Fida untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma :
(ID No :930535)
Pengedar Sah Shaklee di Malaysia
FB : bit.ly/ummifida
PM KE FB : bit.ly/messageummifida
Call/SMS/Whatapps/Viber : 017-4161426
COD : Sekitar Negeri Perlis
Poslaju : Seluruh Malaysia
***Hanya Vitamin Terbaik untuk Anda dan Keluarga***
No comments:
Post a Comment