Anda dah makan vitamin Shaklee?
Alhamdulillah. Anda sangat puas hati dengan ‘hasil’ yang anda dapat?
Adakah anda berminat nak teruskan makan Shaklee dan membuat belian
seterusnya dengan harga ahli yang jauh lagi murah daripada harga retail?
Atau…
Adakah anda berminat untuk untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee
dengan kawan-kawan disamping menjana pendapatan sampingan yang lumayan?
Dalam entri ini, saya akan kongsikan dengan anda:
- Macam Mana Nak Jadi Ahli Shaklee
- Soalan-soalan Popular Yang Selalu Ditanya Sebelum Orang Nak Daftar Sebagai Ahli Shaklee
- Kenapa Anda Wajib Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya
Macam Mana Cara Nak Jadi Ahli Shaklee
Nak jadi ahli Shaklee sebenarnya mudah sangat. Ada dua cara yang anda boleh pilih, ikut kesesuaian dan bajet anda.
1. Daftar Jadi Ahli Shaklee Berbayar
Cara yang pertama untuk menjadi ahli Shaklee adalah dengan membayar
yuran pendaftaran keahlian seumur hidup bernilai hanya RM65. Murah saja
kan?
Kalau semasa daftar tu anda nak beli sekali mana-mana produk Shaklee,
takde masalah. And boleh terus membeli produk Shaklee dengan harga ahli
dan jimat sehingga 25%.
Best tak? Hanya RM65 untuk seumur hidup dan terus dapat penjimatan sehingga 25% untuk semua produk Shaklee.
2. Jadi Ahli Shaklee Percuma Seumur Hidup
Haaa…. Ada yang berminat nak jadi Shaklee secara percuma? Bukan setakat daftar percuma, tapi percuma seumur hidup. Menarik tak?
Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma, anda hanya perlu
membuat pembelian produk Shaklee bernilai sekitar RM680 (nilai mengikut
harga ahli) untuk mencukupkan 200 point.
Macam mana nak tau point untuk setiap produk? Senang jer
Anda boleh hubungi saya 017-4161426 untuk saya berikan senarai harga dan point setiap vitamin yang anda ingin beli.
Soalan-soalan Popular Yang Selalu Ditanya Sebelum Daftar Jadi Ahli Shaklee
Anda berminat nak daftar jadi ahli Shaklee, tapi mungkin anda masih
ada beberapa persoalan yang bermain di minda. Di bawah ini saya cuba
senaraikan 10 soalan yang paling kerap ditanya sebelum oleh
mereka-mereka yang nak daftar jadi ahli sebelum ini.
1. Betul ke Yuran Pendaftaran Hanya RM65 Dan Untuk Seumur Hidup?
Betul! Yuran untuk jadi ahli Shaklee memang tak masuk akal. Hanya
RM65 untuk seumur (+RM10 / RM20 untuk kos penghantaran ‘Member Kit’).
Tiada yuran tahunan mahupun yuran bulanan.
Anda bayar sekali saja, dan boleh terus buat membeli produk Shaklee
dengan harga ahli sampai bila-bila. Kalau anda buat bisnes dengan
Shaklee, modal anda hanyalah RM65 tersebut.
2. Saya Kena Maintain Berapa Point Setiap Bulan?
Dengan Shaklee, anda tak perlu pun nak susah payah maintain point
setiap bulan. Nak beli barang setiap 2-3 bulan sekali pun takde masalah.
Keahliah anda akan tetap aktif.
3. Macam Mana Nak Beli Barang Nanti?
Anda tak perlu susah payah ke branch Shaklee sebab semua urusan
pembelian boleh dibuat secara online. Lepas dah place order, biasanya
dalam 2-3 hari barang dah sampai. Paling lama pun 5 hari berkerja.
4. Kena Isi Borang Apa-Apa Ke Untuk Daftar?
Anda tak perlu susah payah isi borang untuk daftar jadi ahli Shaklee. Lepas dah buat pembayaran, anda hanya perlu memberikan:
- Nama Penuh Anda
- No IC
- Nama Pasangan
- No IC Pasangan
- Alamat Surat Menyurat
- Alamat Emel
- No Telefon
5. Berapa Lama Masa Yang Diambil Untuk Proses Pendaftaran?
InsyaAllah saya akan daftarkan ada dalam masa 24 jam selepas bayaran
telah dibuat. Semua urusan pendaftaran ahli baru Shaklee boleh dibuat
secara online pada bila-bila, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
6. Bila Saya Boleh Start Beli Produk Shaklee?
Anda boleh buat pembelian sekali dengan pendaftaran untuk menjimatkan
kos penghantaran. Kalau anda join Shaklee untuk buat bisnes, anda boleh
terus start promote Shaklee selepas menjelaskan yuran pendaftaran.
Orang kata, “Fast Action, Fast Result”
7. Kalau Tak Nak Buat Bisnes, Makan Sendiri Jer Boleh Ke?
Boleh sangat. Takde masalah pun sebab Shaklee takdelah mewajibkan
setiap ahli buat bisnes. Tapi kalau anda nak buat bisnes, mestilah lagi
bagus sebab anda boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan dengan
Shaklee nih.
8. Apa Kelebihan Jadi Ahli Shaklee?
Antara kelebihan jadi ahli Shaklee ialah anda dapat membeli produk
Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah selain daripada
mengumpul point (UV) untuk setiap belian. Kalau anda berjaya mengumpul
sekian-sekian point dalam satu bulan, anda akan mendapat ‘cash bonus’
daripada Shaklee.
Selain daripada ‘cash bonus’, Shaklee juga menawarkan “Car Bonus” dan
juga tiket-tiket percutian & umrah ke luar negara.
9. Kalau Saya Nak Buat Bisnes, Macam Mana? Saya Malu & Tak Reti.
Berminat nak buat bisnes dengan Shaklee? Tahniah kerana membuat
pilihan yang bijak! Anda tak perlu risau kalau anda seorang yang pemalu
dan tak reti langsung tentang online bisnes.
InsyaAllah saya dan suami akan guide anda dari A sampai Z tentang
bagaimana anda boleh mula menjana pendapatan sampingan daripada Shaklee
secara 100% online.
10. Kalau Nak Daftar Sendiri Di Branch Shaklee Boleh Ke?
Boleh jer kalau nak daftar di branch. Cuma pastikan di ruangan
“Penaja / Sponsor”, anda masukkan Shaklee ID saya, 930535 (nama Firdaus Binti Che Jusoh).
Selepas selesai mendaftar, sila hubungi saya di 017-4161426 seberapa
segera.
Kenapa Anda Wajib Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya
Walaupun jadi ahli Shaklee nih ada banyak kelebihan, malangnya tak semua ahli yang dapat menikmati kelebihan-kelebihan ini. Ramai juga yang lepas daftar, mereka menyesal sangat sebab join Shaklee. Antara sebabnya mereka menyesal:
1. Dah Beli, Tak Tau Cara Makan
Ada yang dah beli produk, tapi tak tau cara makan yang betul dan
berkesan. Akhirnya mereka gagal mendapat hasil yang diingini. Bila tanya
upline, upline pun tak tau dan suruh ‘Google’ jer.
Kalau masih ada persoalan, boleh tanya saya bila-bila masa. Insya-Allah
saya akan jawab secepat mungkin.
2. Terpaksa Beli Stok RM10K Semasa Daftar
Bila nak daftar, ada ‘upline’ yang cakap kena beli stok barang-barang
Shaklee bernilai RM10K. Terpaksalah buat pinjaman sana sini untuk
cukupkan RM10K. Lepas dah daftar, upline terus hilang ntah ke mana. Saja
dia suruh beli stok supaya dia cepat naik ‘pangkat’. Last-last stok tu
terbiar jer dekat rumah sebab tak reti nak jual.
Dengan saya, anda boleh daftar tanpa beli stok pun takpe. Hanya RM65
untuk seumur hidup. Tak perlu pening kepala nak pinjam duit dengan bank.
3. Nak Buat Bisnes Tapi Tak Reti
Ada yang join sebab nak buat bisnes, malangnya upline dia nih tak
reti langsung macam mana nak buat bisnes. Disuruhnya gi belajar dengan
orang lain atau join seminar itu ini. Terpaksalah keluar duit lagi untuk
ke kelas-kelas pemasaran online.
Alhamdulillah untuk sesiapa yang daftar bawah saya, anda sangat
beruntung sebab saya boleh ajar cara buat bisnnes secara
online menggunakan Facebook, Blog dah juga emel. Nak belajar dengan
saya 100% percuma
Lagi best sebab saya & tim saya selalu mengadakan sesi online coaching (hanya perlu mengadap laptop,
smartphone atau tablet).
4. Tak Tau Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat
Bila dah jadi ahli Shaklee, kenalah ikut terma & syarat yang
dibuat oleh Shaklee supaya keahlian anda tak dilucutkan ataupun
digantung. Malangnya, tak ramai yang tau apa yang boleh dan tak boleh
dibuat oleh seorang ahli Shaklee. Ini menyebabkan ada yang dilucutkan
keahlian apabila melanggar peraturan.
Berminat Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee Hari Ini?
Saya kira anda dah faham macam mana nak jadi ahli Shaklee
dan kenapa anda perlu daftar dengan saya. Dengan yuran hanya RM65 untuk
seumur hidup dan kelebihan yang terlalu banyak, mustahil anda boleh
rugi kalau mendaftar sebagai ahli hari ini.
Kepuasan anda keutamaan saya.